Selasa, 1 Mei 2012

Ikan garing dan Tidak Melekat
Masukkan sekeping asam gelugur ketika mengoreng ikan. Anda akan dapati ikan tersebut tidak melekat dan cepat garing.
Ikan Goreng Tidak Hanyir
Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berbau hanyir. Bagi mengelakkannya cuba amalkan petua ini :-
  1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk.
  2. Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.
Hilangkan Masin Ikan Kering
Rendamkan ikan tersebut dalam air kelapa beberapa minit sebelum digoreng
Melazatkan Ikan Beku
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah: rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan.
Menanggalkan Sisik Ikan
Sesetengah ikan, sisiknya sukar untuk ditanggalkan. Cara yang mudah ialah dengan merendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sisik ikan di dalam air. Anda akan dapai sisiknya mudah tertanggal.
Mengelakkan Ikan Masin Hancur
Ikan masin terutamanya gelama akan mudah hancur bila digoreng. Bagi mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum pada ikan terlebih dahulu sebelum digoreng.
Menyedapkan Ikan Bakar
Jika ingin ikan bakar lebih sedap rasanya, selepas dicuci ikan tersebut hendaklah diperapkan dengan sedikit asam jawa dan air. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibakar atau dipanggang.
Ikan Segar Walau Disimpan Lama
  1. Cara mengekalkan kesegarannya, siang kesemua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun di simpan lebih seminggu dalam peti sejuk.
  2. Setelah ikan di siang, perapkan dengan beberapa biji buah belimbing buluh dan sedikit garam. Selepas itu cucilah dengan air. Masukkan ikan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Hilangkan Hanyir Ikan
Air basuhan beras jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membasuh ikan. Setelah ikan dibersihkan, rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.
Hilangkan Hanyir Ikan Sungai
  1. Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar. Kemudian cuci dengan air bersih.
  2. Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci menggunakan air biasa.
Telur Ikan Tidak Pecah
Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang lima minit. Keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa.

Khamis, 20 Januari 2011

petua kesihatan

Air limau nipis untuk menurunkan tekanan darah tinggi


Perahkan air asam limau nipis ke dalam gelas,campurkan air masak/suam sebanyak satu gelas, lepas tu masukan sedikit sahaja gula dalam setengga sudu kecil kacau lalu minum pagi dan petang selepas makan terutama makanan yang berminyak.Selain itu, petua ini juga boleh menurunkan berat badan anda.

Menghilangkan loya atau mabuk ketika berjalan jauh.

Hidu bau limau nipis..kalau boleh bawa bekalan limau bila berjalan jauh.

Menghilangkan cagu

Kadang-kadang kuku kita terkena cagu, ambil perahan air limau nipis,ttiskan ke tempat kaki kena cagu, lepas tu potong kuku tersebut. Insyaallah sembuh.

Menurunkan panas badan

Jika anak anda terkena demam panas jaramkan kepala anak anda dengan air asam jawa. Lakukan sehingga panas badan reda.

Bagi menghilangkan batuk dan serak

Jika tekak anda terasa perit, itu petanda anda hendak kena batuk, selalulah minum air masak secukupnya..bila anda batuk minum air asam jawa dalam dua kali sehari.
Menghilangkan penyakit keputihan

Jika anda mengalami keputihan, cara untuk menghilangkannya dengan cara basuh lalu rebus pegaga dalam secekak bersama akar sekali.Bila sudah sejuk lalu minum

Air halia untuk kembung perut

Selain halia boleh di masukan ke dalam masakan, halia juga boleh menghilangkan kembung perut iaitu:
caranya kupas halia sebesar  ibu jari, rendam dalam air panas selama 5 minit lalu minum.

Pulihkan cirit-birit

Kalau anda terkena cirit-birit, gorenglah beras biasa tanpa minyak hingga keperang-perangan lalu, masukan ke dalam gelas yang berisi air panas, bila sudah suam lalu minum.

Pulihkan peranakan

Ambil sebuku kunyit hidup, bersihkan dan tumbuk, blander pun boleh juga, rendam dalm air panas suam selama 30 minit, lalu minum.









.